Menjadi Insan Yang Bertaqwa



 
Solatlah di mana-mana apabila tiba waktunya

RASULULLAH saw. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi). Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang hambaNya akan dinilai dan ianya amat  dikasihi oleh Allah S.W.T.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri

2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.

3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan martabat kemuliaan manusia itu sendiri.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Hanya Allah Tempat Meminta



DARI Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) Firman Allah Taala:
"Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke atas kamu semua, maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri".
"Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan".
 "Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu".

"Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan".

"Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan."
(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

Status manusia adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia dilengkapkan dengan kesedaran moral yang harus selalu dikawal, jika tidak ingin terjatuh ke dalam kedudukan yang rendah.

Dengan demikian, dalam kehidupan manusia sebagai ciptaan Allah, terdapat dua pola hubungan iaitu pola yang didasarkan pada kedudukan manusia sebagai khalifah Allah dan sebagai hamba Allah.

Kedua pola ini harus dijalani secara seimbang, lurus dan teguh dan tidak hanya mengambil yang satu dan mengabaikan yang lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Law Kana Bainana (MP3)


Wahai tiang, tempat bersandarnya orang yang bersandar,
Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya,
Tempat meminta tolong orang yang kesusahan,
Dan penyelamat orang yang memohon penjagaan!
Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya,
Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci,
Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam,
Wahai Nabi yang Pemurah bagai limpahan lautan yang luas,
Mikail dan Jibril selalu menyertaimu.
Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu,
Sebagai bantuan daripada Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa.


Law Kana Bainana (MP3)


Powered by mp3skull.com
 
 

Solatlah Di Mana-Mana Apabila Tiba Waktunya


DIRIWAYATKAN daripada Jabir r.a: "Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). ~Riwayat: Al-Bukhari~

Huraian Hadis:

Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak.

Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.

Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a.

Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :"Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.

"Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran."

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Siapa Penghuni Syurga ?


DARI Abdullah, katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: "Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu? "Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: "Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?

"Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: "Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih."-Riwayat Muslim
 
Huraian Hadith:

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam memeluk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad).

Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.

Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang.

Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.




Sajak Kehidupan






Makna Sebuah Kehidupan...


Ketika insan melihat ke langit,

Lalu bertanya kepada dirinya,

Adakah langit sebagai hujungnya,

Hujung bagi sebuah kehidupan?


Saat insan melihat ke tanah,

Lalu hati terasa pasrah,

Adakah ini penghujung kisah,

Atau dari sini mulanya kembara,

Kembara menuju destinasi cinta?


Ketika insan mendengar firman,

Mencari jawapan daripada Tuhan,

Tentang makna sebuah kehidupan,

Lalu Allah memberi pedoman,

Tentang diri jua kehidupan,

Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.


Hidup ini maknanya nyata,

Bagi mereka yang inginkan bahagia.

Hidup ini hakikatnya ada,

Pada kembara menuju cinta,

Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.


Maka hiduplah dengan makna ini,

Duhai insan yang mengerti,

Andai kebahagiaan yang ingin dicari,

Kerana hidup di dunia cuma sekali,

Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,

Sedang setiap pilihan akan ditanya,

Apa ertinya ini dan mengapa,

Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,

Kepada Tuhan Maha Pencipta?


~Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari~

Amalahullahu bilutfiHi Al-Khafiy



Janji Rezeki Allah : Carilah Rezeki Yang Halal





RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan."Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani

Huraian dan pengajaran Hadith:

i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.

ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.

iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.



Gambaran Kehidupan Orang Yang Beriman



SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam".Riwayat Ahmad dan Muslim

Huraian Dan Pengajaran Hadith:

i) Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit.

ii) Makhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antara satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.

iii) Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Jangan Solat Dalam Keadaan Mengantuk



DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)". Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadis:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Nak Rasa Juga Bagaimana Aku Seorang Blogger



 
Bercerita tentang soal duit dalam blogging, saya setuju sangat dengan pandangan seorang rakan blogger SBC yang mencadangkan buat para blogger baru agar membina dan memperkukuhkan blog anda dari segi SEO untuk mendapat tempat di carian enjin (SERP) barulah anda mula meletakkan iklan di blog. Acapkali kita dengar ramai para blogger mengeluh ketiadaan pendapatan berikutan syarikat pengiklanan tidak menganugerahkan sebarang BE pada blog.

Rasanya mereka (pengiklan) ada alasan tersendiri. Blog saya sendiri bukan selalunya berpendapatan kerana memang ini bukanlah blog popular yang hanya sekali posting entri baru, beribu datang masuk membacanya (peminat setia). Dari sumber google analytics blog saya hanya 25% pembaca adalah mereka yang sama datang semula, selainnya adalah dari carian enjin (organik). Agak bertuah kerana banyak entri saya mendapat tempat di SERP. Bukanlah sebuah blog yang baik untuk di jadikan contoh tapi saya merasakan lebih kepada tuah sahaja.(BACA SETERUSNYA)

Entri Berkaitan:




Buat Mu Palestin | Janganlah Bersedih





Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kiriman Terbaru

TERKINI DI SINI