Menjadi Insan Yang Bertaqwa



 
Solatlah di mana-mana apabila tiba waktunya

RASULULLAH saw. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi). Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang hambaNya akan dinilai dan ianya amat  dikasihi oleh Allah S.W.T.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri

2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.

3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan martabat kemuliaan manusia itu sendiri.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Hanya Allah Tempat Meminta



DARI Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) Firman Allah Taala:
"Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke atas kamu semua, maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri".
"Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan".
 "Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu".

"Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan".

"Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan."
(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

Status manusia adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia dilengkapkan dengan kesedaran moral yang harus selalu dikawal, jika tidak ingin terjatuh ke dalam kedudukan yang rendah.

Dengan demikian, dalam kehidupan manusia sebagai ciptaan Allah, terdapat dua pola hubungan iaitu pola yang didasarkan pada kedudukan manusia sebagai khalifah Allah dan sebagai hamba Allah.

Kedua pola ini harus dijalani secara seimbang, lurus dan teguh dan tidak hanya mengambil yang satu dan mengabaikan yang lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TERKINI DI SINI