
RASULULLAH saw. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi). Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang hambaNya akan dinilai dan ianya amat dikasihi oleh Allah S.W.T.
Pertama: BertaqwaKedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa
ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara
berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai
sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego
dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan martabat kemuliaan
manusia itu sendiri.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia